BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, November 27, 2009

Dua Golongan Yang Akan Menjadi Penghuni Neraka: baca semua

DUA GOLONGAN YANG AKAN MENJADI PENGHUNI NERAKA

Ertinya:
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda, "Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni Neraka yang belum lagi aku melihat mereka. Pertama, golongan (penguasa) yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor Iembu yang digunakan untuk memukul orang. Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang, berlenggang­ lenggok waktu berjalan, menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka (sanggul di atas kepala mereka) bagaikan bonggol (goh) unta yang senget. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya".



H.R. Muslim



Keterangan
Kebenaran sabdaan Rasulullah saw. ini dapat kita lihat dari realiti masyarakat yang ada pada hari ini. Ada golongan yang suka memukul orang dengan cemeti tanpa soal-siasat, bertindak kepada manusia dengan hukum rimba. Dan ramai perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang. Maksudnya, kalau kita hendak katakan berpakaian pun boleh, kerana masih ada secarik kain di atas badan, dan kalau kita hendak katakan bertelanjang pun boleh, kerana walau pun berpakaian tetapi hanya dengan secarik kain sahaja, maka samalah dengan bertelanjang. Atau pun ia berpakaian dengan pakaian yang sangat tipis sehingga menampakkan warna kulit dan mencorakkan bentuk aurat. Kemudian berjalan sambil menghayun-hayunkan badan dengan sanggul yang besar, seperti gob unta.

Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk ke dalam syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya, walaupun semerbak wanginya telah tercium dari jarak perjalanan selama 500 tahun sebelum sampai kepadanya.

Tanda Akhir Zaman

ILMU AGAMA AKAN BERANSUR-ANSUR HILANG

Ertinya:
Daripada Abdullah bin Amr bin 'ash r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Bahawasanya Allah swt. tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi Allah swt. menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim ulama. Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain."



H.R. Muslim



Keterangan
Sekarang ini alim-ulama sudah berkurangan. Satu demi satu pergi meninggalkan kita. Kalau peribahasa Melayu mengatakan, "patah tumbuh, hilang berganti", peribahasa ini tidak tepat herlaku kepada alim ulama. Mereka patah payah tumbuh dan hilang payah berganti. Sampailah suatu saat nanti permukaan bumi ini akan kosong dari Ulama. Maka pada masa itu sudah tidak bererti lagi kehidupan di dunia ini. Alam penuh dengan kesesatan. Manusia telah kehilangan nilai dan pegangan hidup. Scbenarnya, alim ulamalah yang memberikan makna dan erti pada kehidupan manusia di permukaan bumi ini. Maka apabila telah pupus alim ulama, hilanglah segala sesuatu yang bernilai.

Di ahir-akhir ini kita telah melihat gejala-gejala yang menunjukkan hampirnya zaman yang dinyatakan oleh Rasulullah saw. tadi. Di mana bilangan alim ulama hanya tinggal sedikit dan usaha untuk melahirkannya pula tidak mendapat perhatian yang sewajarnya. Pondok-pondok dan sekolah-sekolah agama kurang mendapat perhatian daripada cerdik pandai. Mereka banyak mengutamakan pengajian-pengajian di bidang urusan keduniaan yang dapat meraih keuntungan harta benda dunia. Ini lah realiti masyarakat kita di hari ini. Oleh itu, perlulah kita memikirkan hal ini dan mencari jalan untuk menyelesaikannya.

Tuesday, November 24, 2009

Fen0mena Azan Di dunia Sehingga Hari Kiamat


kita cuba perhatikan vide0 ini..
apa yang boleh anda buat kesimpulan..??
masyaAllah.. Allahhuakbar!!

Budak 4 Tahun; Amazing!!


MasyaAllah..
semoga budak ini dapat memasuki Al-jannah..
amin...

ANTARA KELEBIHAN , MINAT DAN KEUTAMAAN

Pertama sekali, apa yang ingin saya kongsikan adalah beberapa buah hadith Nabi s.a.w yang menceritakan tentang kelebihan dan kemuliaan seorang penghafaz Al-Quran. Sewaktu di madrasah saya dahulu, hadith2 inilah yang kami dengar hampir setiap hari dari mulut ustaz2 yang tidak jemu memberikan nasihat berbentuk tasyji’ dan motivasi. Bukan apa, penghafaz Al-Quran ini adalah golongan paling kuat dikacau oleh syaitan, jadi perlu sentiasa dipagari dan dikuatkan.

Antara hadith yang sering kita dengar adalah :

“ Sebaik-baik kamu adalah orang yang menghafaz Al-Quran dan mengajarkannya”

Ada dua pendapat ulama’ berkenaan hadith ini, iaitu huruf ‘wau’ yang menghubungkan antara kata ‘belajar’ dan ‘mengajar’. Ada yang mengatakan seseorang itu akan mencapai darjat sebaik2 manusia apabila dia bukan sahaja belajar tetapi diikuti dengan mengajar dan menyebarkan Al-Quran tersebut. Manakala selebihnya mengatakan memadai dengan menunaikan satu sahaja.

Apapun pandangannya, kesimpulan dari hadith ini adalah individu atau golongan yang menghafaz, mempelajari dan mendalami ilmu al-Quran telahpun dinobatkan sebagai sebaik2 manusia..Suatu pengiktirafan yang tidak pernah Nabi berikan kepada golongan2 yang mendalami ilmu2 selain Al-Quran.

Antara lain adalah hadith yang berbunyi :

“ Barangsiapa yang menghafaz Al-Quran dan beramal dengan isi kandungannya, maka Allah akan memakaikan kepada kedua orang tuanya pada hari kiamat, suatu mahkota yang mana kilauannya lebih cerah berbanding cahaya matahari ”.

Hadith ini jika diteliti telah mengaitkan suatu kelebihan yang amat besar kepada ibu bapa. Secara logiknya adalah sesuatu yang tidak wajar apabila orang yang tidak ada kena mengena telah mendapat suatu kelebihan yang berpunca dari amalan orang lain. Tetapi inilah dia method yang telah digunakan oleh Nabi s.a.w dalam menceritakan kelebihan yang dijanjikan Allah kepada seorang penghafaz Al-Quran.

Secara tidak langsung, ia juga merupakan tasyji’ dan motivasi daripada Nabi s.a.w yang ditujukan khas kepada ibu bapa. Ini kerana , secara realitinya tidak ramai ibu bapa yang sanggup membenarkan anak2 mereka mendalami bidang tahfiz Al-Quran. Pelbagai alasan diberikan sehingga sampai ke tahap meragui rezeki dan habuan dunia untuk anak2 mereka. Dek kerana (dek kerana? ahaha :P)sikap sebeginilah Nabi menjanjikan suatu kelebihan dan darjat yang mulia di hari kiamat bagi ibu bapa yang sanggup merelakan anak2 mereka mendalami bidang tersebut.

Hadith ketiga, untuk dikaitkan secara logik dengan kelebihan seorang penghafaz Al-Quran. Perhatikan hadith ini :

“ Barangsiapa membaca satu huruf dari kitab Allah ( Al-Quran ) maka baginya satu kebaikan, dan satu kebaikan itu digandakan sehingga sepuluh kali ganda. Tidak aku katakan ‘alif lam mim’ itu sebagai satu huruf, bahkan alif adalah satu huruf, lam adalah satu huruf, dan mim adalah satu huruf. ”

Baiklah, hadith ini secara umum menceritakan kelebihan bagi orang yang membaca Al-Quran. Katakan seorang itu membaca surah as-sajdah, maka setiap huruf dari surah itu mendatangkan gandaan sehingga sepuluh kali ganda kepada si pembaca. Sudah pasti ganjarannya banyak dan tidak dapat dihitung. Bayangkan pula jika situasi itu berlaku pada seorang penghafaz Al-Quran. Dia bukan hanya membaca surah as-sajdah sekali atau dua kali, bahkan perlu dibaca sehingga berpuluh2 kali bagi mencukupkan proses hafazan. Maka hitunglah sendiri betapa banyak gandaan yang akan dia dapat secara tidak langsung dalam mengejar proses hafazan tersebut.

Renungkan

diakhirat kelak huffaz akan berjalan dengan keadaan yg bersinar dan terang..

kelak pada waktu tu,mereka berjalan dihadapan kamu dengan ketenangan..

dan Allah memanggil mereka..

lalu diberikan syurga..

mengapa masih menuggu..

jadilah huffaz..

agar dpt memimpin tgn kedua ibu bapa dan org yg disygi..

ke jannah yg dijanjikn Tuhan..

jannah yg abaDi..

Thursday, November 12, 2009

Kesan Zikir Terhadap Otak Manusia

Kesan Zikir Terhadap Otak Manusia

Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabk an untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain.. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas..

Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan. Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar. Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.

Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.

Oleh itu, saudara-saudara ku seIslam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya

Qisas dari sudut sains

Assalamualaikum...post kali ini berkenaan dengan hikmah kenapa hudud itu WAJIB dlaksanakan...kalau kita membicarakan tentang hudud,mulalah di kaitkan dengan politik...sedangkan hudud itu hukmullah...dan bila sebut pasal hudud,terbayang kat otak kita golongan2 yg berani berkata hudud itu zalim..mcm dia lagi pandai daripada ALLAH...cuba kita fikir,seseorang yg bijak mencipta sesuatu mesin..apabila mesin itu rosak,pasti si pencipta mesin itu tahu bagaimana nak menyelesaikan dan memperbaiki mesin tersebut..begitu juga ALLAH pencipta kita....

Baiklah, pada topik hikmah hudud ini kita akan lihat kenapa qisas itu sgt2 baik bg pesalah...qisas itu adalah hukuman bagi seseorang penjenayah yg membunuh seseorang dgn sengaja...qisas ini dijalankan dgn cara memancung leher penjenayah itu...
sebagaimana yg kita tahu,pada badan kita terdapat jutaan saraf deria yg bersambung pada satu pusat yg dipanggil spinal cord...saluran spinal cord inilah yg akan bersambung dengan otak...apabila otak mati,jantung konfirm mati...tapi,kalau jantung mati,otak masih berfungsi,msh ada harapan seseorang itu untuk hidup...sbb tu doktor ada alat utk aktifkan blk jantung yg sdh berhenti berdenyut...qisas dilakukan dengan memancung pesalah..kenapa?tujuannya supaya mempercepatkan masa kematian dan mengurangkan kesakitan pada pesalah..bknkah ini x menyiksa pesalah tersebut?...aim utama hukuman ni adalah utk memutuskan saluran spinal cord tadi,lalu terus mematikan otak...sebab bilaotak mati,konfirm jantung berhenti berfungsi

Oleh itu,jgn kita berani mempertikaikan hukum yang ALLAH telah wajibkan kita melaksanakannya...sebab tu ALLAH berfirman bahawa ALLAH maha bijaksana lagi maha mengetahui....

Try think about it

Ask anyone the question: "Do you believe in God?" and you are sure to receive a variety of answers. The question should be "What do you believe about God?"

Think about this:

If there is a creation, there must be a Creator.

If there is a Creator, He must be the Sustainer.

The Creator Cannot Create Himself.

If He is the sole Creator/Sustainer -- He must be ONE.

God must be one. Otherwise we would see great differences and competition between the gods if there were more than one -- Alone.

Do we agree that this is a creation? Or do we accept that nothing came out of nothing to form this entire universe?
This is a very clear message from Allah, in the Quran. Something does not come out of nothing. So, there must be something in existence already which created all that we know to exist. And that "something" needs to be called upon in times of need and thanksgiving.
As Allah has said in His Book: "I only created you all to worship Me Alone."

He also says that we are all being tested by Him with regard to our wealth, families, children and social status.

Wednesday, November 11, 2009

Amanah

Imam Ghazali: perkara yang paling berat adalah memegang amanah (Surah Al-Ahzab:72) Tumbuhan-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu keTika Allah S.W.T memintaa mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah S.W.T sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah,.,

Sebagai hamba Allah,,kita perlu bertanggungjawab atas perkara yang diamanahkan kepada kita,..Contohnya, jika kita menjadi pemimpin,.kita tidak boleh memandang ringan kepada perkara ini..lakukan amanah dengan ikhlas..insyaAllah..syurga lah tempat bagi orang yang berjaya memegang amanahnya dengan bertanggungjawab,..